RESEPI CHEESE TART BLUEBERRY


Resepi tart shell

bahan-bahan:
190 gm marjerin Planta
50 gm gula kastor
290 gm tepung gandum
1 biji telur gred C

cara penyediaan:
1.pukul marjerin dan gula sehingga sebati. tak perlu guna mixer, pukul guna tangan sahaja. jangan sampai marjerin lembik dan berminyak, pukul/putar/kacau sehingga marjerin dan gula sebati sahaja.
2. masukkan telur. juga kacau sehingga sebati.
3. masukkan tepung gandum. uli sehingga menjadi doh.
4. simpan doh di dalam peti sejuk sehingga 30 minit.
5. bulatkan kecil-kecil, masukkan ke dalam acuan tart dan tekan di dalam acuan tart.
6. cucuk doh di dalam acuan tart dengan garfu.
7. bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah sahaja, sehingga ianya menjadi kekuningan. anggaran, dalam 15 minit.

Resepi filling cream cheese
bahan-bahan:
250 cream cheese
1 biji telur gred B
60 gm gula ising sedikit filling blueberry yang diisi di dalam piping bag

cara penyediaan:
1. putar cream cheese dan gula sehingga berkrim.
2. masukkan telur dan putar sehingga sebati.
3. picit sedikit blueberry filling di dalam tart shell yang telah siap dibakar.
4. isikan tart shell dengan cream cheese filling.
5. corakkan tart menggunakan blueberry filling.
6. bakar menggunakan suhu 160C, api atas dan bawah dalam masa 2-5minit. untuk mengetahui cream cheese filling tu dah masak, cuba sentuh dengan hujung jari. jika masih melekat, ianya masih tak masak. jangan bakar terlalu lama kerana cheese akan merekah dan kenyal.

Rujukan:http://rosnawati.blogspot.com/2014/04/tat-cheese-blueberry-yang-sedap-dan-gebu.html

RESEPI DAGING MASAK MERAH

Resepi Daging Masak Merah

Bahan bahan:
1/2 kilo daging
Sebiji bawang holand di hiris tebal
Caot do potong pnjg
Kacang buncis di potong panjang
Bunga kubis semangkuk
Bawang putih 4 ulas di penyekkan
2 hiris halia
3 helai daun limau purut
2 sdb cili kering kisar
2 sdb sos tiram
4 sdb sos tomato
Sdikit garam, gule n ajinomoto

Cara cara
Daging di rebus hingge lembut brsama pewarne merah. Letak sdikit garam. Air rebusan jangan di buang. Hiriskn daging dann gorengkn sebentar. Ketepikn.
Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkn cili kisar dan daun limau purut. Biar hingga naik minyak dan masukkn daging. Gaul sebati
Masukkn sos tomato, sos tiram, sdikit gula dan ajinomoto. Sebatikan n masukkn air rebusan daging. Jangan banyak yer. Masukkan kubis bunga, carot dan bawang.
Sebatikn dalam 5 minit dan masukkn kacang buncis. Biarkan hingga kacang buncis berubah warna. Rasa dah sesuai dgn selera, tutup api. Boleh lah di hidang.


RESEPI KEK OREN SUNKIST



BAHAN BAHAN
5 biji telur
1 cawan gula
1 buku butter
2 cawan tepung kek
2 sudu oren sunkist

CARA CARA
Pukul butter dgn gula sampai kembang.masukkan telur dan pukul lagi.
Masukkan tepung kek dan oren sunkist
Gaul rata dan bakar pada suhu 170° selama 50minit.
Tunggu sejuk *boleh juga letak topping


Credit pic to goole

iPhone 6 from Apple



check out iPhone 6 spec HERE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com