RESEPI CHEESE TART BLUEBERRY


Resepi tart shell

bahan-bahan:
190 gm marjerin Planta
50 gm gula kastor
290 gm tepung gandum
1 biji telur gred C

cara penyediaan:
1.pukul marjerin dan gula sehingga sebati. tak perlu guna mixer, pukul guna tangan sahaja. jangan sampai marjerin lembik dan berminyak, pukul/putar/kacau sehingga marjerin dan gula sebati sahaja.
2. masukkan telur. juga kacau sehingga sebati.
3. masukkan tepung gandum. uli sehingga menjadi doh.
4. simpan doh di dalam peti sejuk sehingga 30 minit.
5. bulatkan kecil-kecil, masukkan ke dalam acuan tart dan tekan di dalam acuan tart.
6. cucuk doh di dalam acuan tart dengan garfu.
7. bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah sahaja, sehingga ianya menjadi kekuningan. anggaran, dalam 15 minit.

Resepi filling cream cheese
bahan-bahan:
250 cream cheese
1 biji telur gred B
60 gm gula ising sedikit filling blueberry yang diisi di dalam piping bag

cara penyediaan:
1. putar cream cheese dan gula sehingga berkrim.
2. masukkan telur dan putar sehingga sebati.
3. picit sedikit blueberry filling di dalam tart shell yang telah siap dibakar.
4. isikan tart shell dengan cream cheese filling.
5. corakkan tart menggunakan blueberry filling.
6. bakar menggunakan suhu 160C, api atas dan bawah dalam masa 2-5minit. untuk mengetahui cream cheese filling tu dah masak, cuba sentuh dengan hujung jari. jika masih melekat, ianya masih tak masak. jangan bakar terlalu lama kerana cheese akan merekah dan kenyal.

Rujukan:http://rosnawati.blogspot.com/2014/04/tat-cheese-blueberry-yang-sedap-dan-gebu.html

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com