Resepi Roti Jala


Bahan :
Tepung gandum 3 cawan
Air 2 cawan setengah
Susu segar (optional) 1/2 cawan - kalau tak mahu letak susu letak air
2-3 titik pewarna hijau cam Ummi buat
1 biji telur
3 sudu besar mentega
Secubit garam...
Cara-cara :
Satukan semua bahan diatas dengan whisk dan tapis bancuhan..
Panaskan non stick pan
Lenserkan dengan minyak zaitun atau minyak masak biasa (celup kitchen towel dlm minyak sikit dan lapkan pan.
Isikan adunan didalam botol sos yang bermuncung tiga . Atau kalau tiada gunakan acuan roti jala yang biasa. Bila panas paipkan adunan diatas pan secara melintang dahulu dan kemudian menegak. Ummi gunakan api kecil.
Bila permukaan adunan pucat..maknanya roti jala kita dah masak and bolehlah menggulung..Ummi rasa gulung ini ada banyak cara.
Cara Ummi, lipat roti sepertiga atas dan bawah angkat dalam pinggan dan gulung dari tepi hingga ke hujung..
Teruskan menjala hingga adunan habis.. credit to Che Mat

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com