Resepi BISKUT GAJUS COKLAT
Bahan2
250 gm mentega
1 biji telor
150 gm gula serbuk (icing tak sedap) so kena kisarlah sendiri
200 gm gajus di bakar dan kisar halus
100 gm coklat rice
50 gm tepong kastard
50 gm susu tepong (jangan guna susu anak ye x best)
200 gm tepong gandum atau secukupnya
1 sudu kecil esen ros + 1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
1. Pukul mentega, gula dan telor hingga putih, masuk kedua2 esen pukul rata.
2. Perlahankan speed rendah, masukkan tepong kastard dan susu tepong sambil digaul rata. Berhentikan mesin masukkan coklat rice dan gaul rata dengan senduk kayu.
3. Masuk tepong sedikit2 sekadar sebati sahaja. Tidak terlalu lembik / keras.
4. Masukkan doh dalam acuan samperit yang tiada berpiring, tekan potong dengan benang. Bakar 180 C selama 15 - 20 minit. Biskut ni baunya harum kombinasi 2 esen, tepong kastard dan susu tepong.Cubalah ya untuk Raya ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:
Catat Ulasan