Tidak Benar! Nur Amalina Masih Kekal Cemerlang Di UK – Ibu

Blogwalking, Blogwalking Palsu, Jom Blogwalking, Jom Beli Software Auto Blogwalking, Jom Beli Software Blogwalking, Jom Download Software Blogwalking, Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking, Kenapa Blogwalking, Saya Suka Blogwalking, Tips Meningkatkan Trafik Blog, Cara Meningkatkan Trafik Blog Dengan Mudah, Auto Blogwalking, Keyword Tool, Cara Mencari Keyword, Keyword Paling Dicari, Cara Cari Keyword, Cara Mencari Keywords, Cari Keyword, Mencari Keyword, Paling Dicari, Cara Keyword, Cari Keywords, Keyword Dicari, Keyword Yang Paling Dicari, Cara Mencari Keyword Yang Banyak Dicari, Cara Mencari Keyword Yang Paling Dicari, Cara Menemukan Keywords, Tool Pencari Keyword, Cara Mencari Keyword Untuk Seo, Jom Timbang Blog, Blog Berat, Jenis Blog Yang Aku Tak Suka, Ciri-ciri blogger sampah, Cara Menemukan Keyword, Cari Keyword Paling Dicari, Mencari Keyword Yang Efektif, 100 Keyword Paling Dicari

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri masih lagi meneruskan kecemerlangan di dalam kursus ijazah perubatan dan farmakologi di Universiti of Edinburgh, Scotland, dan sering mendapat pujian dari pensyarah-pensyarahnya.

Ibu Nur Amalina, Sabariah Hasan berkata, anak perempuannya itu banyak meraih pengiktirafan dari pihak universiti terkenal itu dan beberapa kajiannya mengenai dunia perubatan selalu mendapat tempat di dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Menurut Sabariah lagi, Nur Amalina kini sedang mengikuti latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka dunia di UK sebelum menamatkan pengajiannya pada Mei tahun depan dan sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan bersama rakan-rakan universiti.

“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.

“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan.

“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah yang dipetik dari portal berita terkenal, myMetro.

Beliau terpaksa memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Blog-blog berkenaan turut menyebarkan gambar-gambar yang dikatakan “dicuri” dari laman sosial Facebook milik Nur Amalina dan tindakan itu telah menimbulkan pelbagai tohmahan buruk, termasuk menyalahkan Kerajaan Malaysia.

Selain itu, Sabariah yang kini merupakan Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2 turut meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada Berita Harian Online.

“Isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” tegasnya lagi.

Beliau sebetulnya kesal dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan sehingga sanggup ‘mencuri’ dan menyebarkan beberapa keping gambar peribadi dari laman sosial Facebook anak tunggalnya itu sehingga menimbulkan kontroversi buruk.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” jelas ibu Nur Amalina memperbetulkan keadaan.

Beliau turut berhubung dengan Nur Amalina melalui “Skype” kelmarin dan bertanyakan tentang penyebaran gambar-gambar yang dikatakan seksi dan liar di beberapa blog tempatan.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya yang dipetik dari media yang sama.

Sumber:Mynewshub

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com