Resepi Red Velvet Cake




Salam dah Hai
Alkisah hari ni rajin sikit menaip.Jadi guna ayat sendiri update status. Hari ni saya nak share Resepi kek red velvet. Kek ni memang sedap i tell you. tak caya you all boleh rasa sendiri..tapi kite tempah je..hAHA...nak cepat punya pasal kite tempah je kat sini. Murah je..sape2 nak leh contact dia.

Jadi tanpa membuang masa lagi,ayuh saya nak kongsi Resepi kek red velvet. Saya culik resepi kek tu kt sini.

Resepi Red Velvet CakeResepi Red Velvet Cake

Resepi kek red velvet:

Bahan A:
240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah (tapi saya gunakan 2 sahaja, takut nak guna banyak-banyak)

Bahan B:
250 gram tepung naik sendiri (jika tiada, 250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko

Bahan C:
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D:
150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C


Cara-cara:


1. satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan.

2. satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.

3. campur kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.

4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.

5. masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A. pukul sehingga sebati kesemua bahan.

6. di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam bancuhan kemudian pukul sehingga sebati.

7. bakar di dalam suhu 160C menggunakan api atas bawah dalam 20 minit atau sehingga masak. sejukkan kek.


Resepi Topping Kek Red Velvet


Bahan-bahan:

300 ml non diary whipping cream
250 gram Philepdalphia Cream Cheese
250 gram Mascarpone
1 cawan gula (saya kurangkan kepada 3/4 cawan)

Cara-cara:
1. Putar whipping cream sehingga 'soft peak'. maksudnya, bila anda tunggangkan whipping cream tersebut, ianya tidak jatuh dari mangkuk.

2. Di dalam mangkuk yang berlainan, putar cream cheese, mascarpone cheese dan gula sehingga kembang.

3. Campurkan kedua-dua bahan dan putar sehingga sebati. sedia untuk disapu di atas kek.

kredit to Atiqah's Homemade Dessert for pic.

Selamat Mencuba guy ;)

1 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Nava K berkata...

Looks so yummy and love the deco as the finishing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com