Resepi Kuih Puteri Ayu

Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan:

270 gm tepung gandum
240 gm gula
3 biji telur
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ susu segar
1 sudu kecil ovallet
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar coconut pandan emulco
Kelapa parut (muda) digaulkan dgn garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaan:

1. Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan, kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.
2. Sementara itu panaskan air dalam kukusan.
3. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
4. Masukkan santan, ovallate, pandan emulco, tepung gandum dan ubi. Gaul hingga sebati.
5. Sudukan bancuhan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi.
6. Kukus atas air mendidih selama 15 minit.
7. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.

-SELAMAT MENCUBA-

1 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

idaman kay berkata...

Salam, mohon kebenaran untuk pinjam gambar kuih puteri ayu tersebut untuk diletakkan di blog saya boleh? Blog saya adalah untuk assignment, jadi sesudah assignment ini siap dihantar saya akan delete semula gambar itu. Boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com