Pelajar UPSI Mengaku Adam Adli Dan Geng, Ganas!



Meluat dan jijik. Begitulah dua perkataan terbaik yang patut dilemparkan kepada sekumpulan mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan malam tadi kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Setelah kita ‘didodoikan’ kononnya mereka dianiaya, dikasari dan dizalimi, rupanya baru kita tahu semua itu fitnah dan taktik untuk mendapatkan simpati semata-mata!

Hakikatnya yang berlaku jauh panggang dari api.

Allah maha adil. Kebetulan seorang pelajar UPSI berada di tempat demonstrasi itu berlangsung dan dia akhirnya membongkar segala penipuan Adam Adli dan konco-konconya.

Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI di dalam laman facebooknya menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.

Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis


Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.

Lihat gambar di bawah sebagai bukti :


(GAMBAR: Mesej apa agaknya yang hendak disampaikan dengan menterbalikan gambar Perdana Menteri? Puak Adam Adli kata mereka bukan alat pembangkang, kalau iye mengapa asyik bertindak begini? Bukankah Najib sudah berjanji akan mengkaji AUKU untuk membolehkan mahasiswa berpolitik.Sabarlah sedikit dan tengoklah apa yang hendak diubah tu dulu)





(GAMBAR: Panjat pagar – Ada rupa macam mahasiswa ke? Lebih kepada perangai Hindraf masa kecoh di Batu Caves dahulu.)



(GAMBAR: Tolong jangan kata FRU yang pecahkan klinik ni. Buat apa diaorang nak tambah keje camni kan.)


Sayang sekali, golongan siswa yang diharapkan dapat memberi contoh dan tauladan yang baik ini rupanya lebih teruk perangai dan sikap mereka.

Hanya kerana mahu dilihat sebagai hero, golongan pelajar ini telah membuat sesuatu yang cukup memalukan.

Ia sekali gus menunjukkan yang otak mereka bukan terletak di kepala, tetapi di lutut!

Percayalah, golongan seperti ini tidak layak langsung untuk kita angkat sebagai pemimpin masa depan kerana mereka membenarkan emosi menguasai diri hingga lupa untuk menggunakan pemikiran yang dikurniakan Tuhan.

Yang mereka tahu, matlamat menghalalkan cara, salah atau tidak belakang cerita.

Untuk Adam Adli, mereka boleh tipu semua orang….tapi belum tentu semua orang boleh ditipu mereka!

Sumber:MynewsHub

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com