Mengapa Perlu Berhenti Merokok?



Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

1.Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
2.Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
3.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
#Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
#Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
#Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

#Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
#Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
#Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
#Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
#Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
#Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
#Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
#Meningkatkan deria bau dan rasa
#Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
#Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
# Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
#Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
#Meningkatkan kesuburan.
#Meningkatkan tahap 'kelakian'


Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1.Melengah-lengahkan
#Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

2.Menarik nafas panjang
#Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3.Minum air
#Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

4.Menyibukkan diri
#Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

5.Menjauhkan diri
#Daripada orang yang merokok

6.Mengelakkan diri
#Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

7.Mengunyah sesuatu
#Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

8.Membasuh tangan selalu

9.Mandi dengan kerap

10.Meregangkan otot
#Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

11.Meditasi

12.Memohon doa
#Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com