Bunuh Anak Sendiri Demi Kekasih

Anak

LONDON – Seorang wanita Norway melemaskan anaknya berusia setahun dalam baldi dengan disaksikan oleh teman lelakinya di Britain menerusi Internet.

Yasmin Chaudhry membenamkan anaknya dengan kepala dulu pada jam 3 pagi dengan disaksikan oleh kekasihnya itu menerusi panggilan Skype.

Yasmin, 26, berkata, lelaki itu ingin tahu bagaimana dia mendisiplinkan anaknya kerana terjaga pada awal pagi dan ‘tidak ikut arahannya.’ Baik Yasmin mahupun lelaki Britain itu, yang bukan bapa kanak-kanak berkenaan dan masih belum didedahkan namanya, menafikan mempunyai niat untuk membunuh budak itu. Penyiasat dari Oslo, tiba di Britain untuk menyoalsiasat lelaki itu dengan bantuan Scotland Yard, sejurus selepas Krismas lalu.

Jurucakap Polis, Kristin Rusdel berkata: “Kedua-duanya mempunyai cerita yang sama tetapi sedikit berbeza.

“Wanita itu berkata, lelaki berkenaan yang mengarahkannya berbuat demikian. Lelaki itu pula berkata, mereka mengambil tindakan itu selepas berbincang mengenai cara untuk mendisiplinkan kanak-kanak berkenaan.

“Lelaki itu berkata, tujuannya bukan untuk membunuh kanak-kanak itu. Mereka sama-sama takut dan mengambil keputusan untuk menyembunyikan kejadian itu.

“Dia adalah kekasih Internetnya. Mereka pernah bertemu sekali dan meneruskan hubungan menerusi Internet untuk kira-kira setahun.” Kejadian itu berlaku pada Oktober 2010. Yasmin memberitahu anggota ambulans, anaknya jatuh ke dalam baldi secara tidak sengaja. Kanak-kanak berkenaan disahkan mati keesokannya.

Yasmin ditahan kerana disyaki membunuh dan anak lelakinya berusia lima tahun diserahkan kepada pihak berkuasa.

Semalam, penahanannya dilanjutkan hingga 4 Februari. Bapa kanak-kanak itu kini menetap di Pakistan selepas bercerai dengan Yasmin.

Peguamnya berkata di Islamabad: “Dia sudah tentu terkejut.” – Agensi

2 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

misshannajr berkata...

kejam..

djjd berkata...

mnusia zaman skg..ish2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com