Bertukarlah Kepada MAXIS

Maxis Wireless Broadband, satu pilihan internet mudah alih

Internet berkelajuan tinggi atau broadband adalah teknologi yang sering digunakan untuk akses ke internet. Bukan hanya di bandar tetapi taliannya sampai ke penghujung kampung. Tiada masalah untuk layari internet walau di mana pun berada.

Terdapat lima pakej untuk Maxis Wireless Broadband iaitu Lite, Swift, Power, Freedom dan Ultimate.

Apa bezanya? Sudah tentu harga.

Semakin mahal semakin banyak nilai akan diperolehi seperti kuota bandwith dan juga kelajuan.





Faedah Maxis Wireless Broadband:

1. Kelajuan internet sehingga 7.2Mbps. Lebih laju daripada Streamyx rumah saya (1Mbps). Pun begitu, masih bergantung kepada lokasi pencawang, jumlah pengguna dan juga lokasi pengguna.

2. Tiada had muat turun muzik untuk bulan pertama. Muat turun sepuas hati sampai hard disk penuh.

3. Rebat RM33 untuk 3 bulan pertama.

Realiti dan Fantasi Wireless Broadband

Setiap yang dicipta manusia pasti ada kelemahannya. Paling ketara, talian mungkin tidak akan stabil disebabkan teknologi tanpa wayar. Ini fenomena biasa yang sering terjadi pada semua orang.

Ada orang cakap, guna wireless broadband ini ikut nasib. Waktu ‘cantik’, memang puas hati. tersenyum lebar. Waktu KO, sumpah seranahlah jawabnya.

2 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

ismail berkata...

tak berbaloi dengan quota yang sedikit itu....

over quota kena speed cap sampai merangkak2 nak browse....

sangat tak sesuai untuk guna sebagai main internet connection source ...

buat backup bolehla ...

CECITER AKU KAMU DAN DIA berkata...

sya pnah guna broad celcom..slow gila..then kwn guna maxis laju...sebab tu sya tukar kpd maxis skg...heehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com