Bayi gigit kepala ular yang masuk ke dalam rumah

Bayi gigit kepala ular yang masuk ke dalam rumah

BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.

Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.

“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya.

Saya menjerit kerana tidak percaya yang anak saya menggigit ular tersebut,” katanya.
Jeritannya telah menyebabkan semua ahli keluarga dan jiran datang untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami mendapati bayi tersebut dengan kepala ular di dalam mulutnya, ia sangat menakutkan kami semua,” kata Yasmin Shahin, makcik kepada bayi tersebut.
Seorang jiran yang telah tergesa-gesa untuk melihat apa yang berlaku terkejut apabila melihat kepala ular di dalam mulut bayi tersebut, katanya.

“Apabila dia menarik, Imad mula menangis,” katanya menerangkan kepala ular tersebut ”sangat teruk dimamah” apabila ia muncul dalam mulut kanak-kanak lelaki.
Mereka dengan serta-merta memeriksa bayi itu jika terdapat tanda-tanda gigitan tetapi mendapati tiada dan doktor di hospital Rambam di Haifa mengesahkan bayi tersebut tidak dipatuk oleh ular tersebut.

“Doktor di hospital itu memberitahu kami ular itu benar-benar berbisa tetapi kami sangat bernasib baik kerana ular melepaskan racun yang kurang pada musim sejuk,” katanya.

Dr Boas Shacham, seorang pakar amfibia dan reptilia, memberitahu AFP bahawa iaadalah daripada spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper.

Ular tersebut mampu membesar sehingga tiga kaki panjang dan ia ”terlalu muda”.
“Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak kerana sejuk,” kata Dr Shacham yang ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.
“Mereka tidak benar-benar aktif dalam musim sejuk.”– AFP

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com