Bayi Disangka Mati, Ditinggalkan Dalam Tandas

Bayi
CHINA – Sebuah hospital di wilayah Guandong China bersetuju untuk membayar wang pampasan sebanyak 70 000 Yuan iaitu berjumlah RM34, 919 kepada satu pasangan yang menuntut bayaran ganti rugi berjumlah 1 juta Yuan (RM498, 850) selepas bayi pra-matang mereka dikatakan telah mati dan ditinggalkan di dalam tandas.

Akhbar The Nanfang Daily melaporkan pada Jumaat lepas, Liu Dongmei, 22, seorang ibu muda yang berasal dari wilayah Jiangxi dan suaminya, Wang Hizhang melakukan demonstrasi di luar kawasan Nanhai Red Cross Hospital bagi tujuan menuntut wang pampasan itu.

Bayi pasangan ini telah diisytiharkan mati oleh seorang jururawat yang masih lagi dalam proses latihan selepas Liu melahirkan anaknya itu pada 26 Oktober tahun lalu.

Jururawat berkenaan telah membalut bayi itu ke dalam beg plastik dan meninggalkannya di dalam tandas.

Walau bagaimanapun, keluarga Liu mendapati bayi mereka masih hidup dan dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan susulan dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pediatrik dan Bilik Bersalin Foshan.

Menurut pernyataan pihak hospital, bayi pasangan ini sudah berada dalam keadaan stabil dan boleh dikeluarkan dari wad pada bila-bila masa.

Liu dan suaminya menuntut Nanhai Red Cross Hospital untuk membayar ganti rugi mereka sebanyk 1 juta Yuan.

Pengantara pertikaian perubatan mengarahkan pihak hospital membayar keluarga terbabit sebanyak 70, 000 Yuan, termasuk 50, 000 Yuan (RM24, 942) bagi penderitaan emosi yang dialami dan bayaran sejumlah 20, 000 Yuan lagi yang paling tinggi diarahkan oleh undang-undang mahkamah bagi menampung hari mereka yang tidak bekerja.

Pengantara juga mengarahkan hospital terbabit menampung perbelanjaan perubatan bayi itu untuk tempoh dua tahun akan datang.

Hospital berkenaan bersetuju dengan perkara yang diarahkan untuk menyelesaikan kes ini tetapi pasangan itu enggan menerima cadangan tersebut dan terus mengadakan tunjuk perasaan.

Sumber: china.org.cn

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com