500 cedera letupan mercun



MANILA, Filipina – Hampir 500 orang cedera akibat letupan mercun dan tembakan rambang di negara ini sempena sambutan tahun baru.

Menurut beberapa pegawai, kira-kira 12 buah penerbangan, termasuk dua dari Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan dan dilencongkan semalam kerana letupan mercun mengehadkan penglihatan di Manila.

Sejumlah orang yang cedera akibat letupan mercun termasuk kanak-kanak memenuhi bilik-bilik kecemasan di hospital di sini selepas tengah malam.
Dua kumpulan bertempur di depan sebuah hospital di sini menyebabkan seorang mati akibat tembakan.

Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona menyatakan bilangan mangsa yang cedera akibat letupan mercun ialah 454 orang dan 18 lagi terkena peluru sesat.
“Sekali lagi, rayuan supaya ibu-ibu menjauhkan anak-anak mereka dari mercun tidak berkesan,” kata Ona pada satu sidang akhbar.

Menurutnya, dia bersedia untuk menimbangkan satu cadangan bagi mengharamkan mercun sepenuhnya tetapi ia perlu dikaji terlebih dahulu.
Setiausaha Dalam Negeri, Jesse Robredo berkata, seramai 65 orang ditangkap kerana menggunakan mercun haram.

Sebahagian besar rakyat Filipina terpengaruh dengan tradisi masyarakat China yang percaya bunyi bising mercun dan bunga api mampu mengusir kejahatan dan nasib malang pada sambutan tahun baru.

Bagaimanapun, mereka mengamalkan kepercayaan itu dengan keterlaluan sehingga menyebabkan banyak kecederaan berlaku pada setiap tahun sempena sambutan tahun baru. – Agensi

1 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Afiqah berkata...

apa nak jadi dahhh ? haizz~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com