Tanda-Tanda Si Dia Curang



1.SERING MEMBERI ALASAN
Si dia sering membatalkan temu janji bersama mu pada saat-saat akhir dengan alasan sibuk dan pelbagai alasan. Mungkin si dia berbuat demikian kerana si dia mempunyai temu janji bersama kekasih gelapnya dan si dia sanggup membatalkan temu janji bersama mu semata-mata kekasih gelapnya.

2.TIDAK DAPAT DIHUBUNGI
Setiap kali kamu mahu menelefonya pasti si dia tidak akan menjawab panggilan mu ataupun masuk ke dalam peti voice mail nya. Sudah pasti kamu akan berasa bosan apabila menelefonya berkali-kali tetapi tidak berjawab. Apabila anda bertanya akan hal TIDAK MENJAWAB TELEFON itu si dia akan memberi 1001 alasan kepada mu dan jangan sekali-kali kamu mempercayai 100% apa yang diperkatakannya.

3.SERING MENERIMA PANGGILAN RAHSIA
Panggilan rahsia yang dimaksudkan ialah panggilan daripada kekasih gelapnya. Apabila kamu bertanya akan siapa yang menelefonya pasti dia akan teragak-agak mahu menjawabnya pertanyaan anada tersebut. Ini kerana si dia takut kamu tahu kegiatannya di luar.

4.HILANG KHABAR BERITA
Jika dahulu si dia rajin menelefon kamu atau menghantar SMS kepadamu semata-mata mahu menceritakan apa yang telah berlaku padanya sepanjang hari tetapi telefon bimbit mu kini sepi tanpa khabar berita darinya. Perkara tersebut berlaku kerana si dia sedang cuba menjauhkan dirinya daripada kamu dan dalam proses melupakan kamu.

5.SERING MENCARI KESALAHAN
Si dia kini menjadi sangat tajam mata dan sering mencari kesalahanmu walua sekecil kuman. Hal ini kerana kesalahan-kesalahan yang kamu lakukan akan si dia jadikan punca sebagai perpisahan antara kamu berdua.

6.Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

7.Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

8.Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com