Protes Seksi Empat Aktivis Haiwan



LOS ANGELES – Empat aktivis hak haiwan antarabangsa PETA mengadakan demonstrasi separuh bogel dengan mewarnakan badan mereka.

Keempat-empat aktivis wanita itu menutup menutup payudara mereka dengan memegang sepanduk semasa berarak di sebuah lebuh pejalan kaki utama di pusat bandar Hollywood di sini Jumaat lalu.

Ia dilakukan bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap kerana melakukan kelucahan melampau di tempat awam.

Namun, polis tetap menahan seketika empat wanita berkenaan yang masing-masing mewarnakan badan sebagai seekor lembu, harimau bintang, ular dan harimau.

Kumpulan aktivis berkenaan dibebaskan tidak lama kemudian selepas keterangan mereka diambil.

Demonstrasi seksi itu diadakan bagi menggesa orang ramai supaya memberi ‘kelegaan’ kepada haiwan dengan tidak memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang pada musim cuti Krismas tahun ini. – AFP

6 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Benjy berkata...

Aduhh !! seksi betul tu :) ... (Benjy tutup mata)

Benjy berkata...

Niat mereka tu baik tetapi cara mereka tu agak menjolok matalah ...

Benjy berkata...

Kalau buat kat Malaysia macam ni ... sah kecoh satu Malaysia dan terpapar di muka depan surat khabar hari berikutnya :)

Benjy berkata...

Entah apa yang mereka katakan kepada polis tu sehingga mereka dilepaskan :)

Benjy berkata...

Ataupun polis lepaskan mereka sebab mereka terlalu seksi hihihihi :)

CECITER KAMU, AKU DAN DIA berkata...

klau kt mlaysia bt cmni sah kena tngkap...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com