Penduduk Temui Kepala Khinzir Berhampiran Masjid



JOHOR BAHARU, 30 Dis (Bernama) — Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat secara menyeluruh penemuan beberapa kepala khinzir dalam beg plastik berhampiran kawasan Masjid Al Falah di Taman Desa Jaya di sini.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata kepala khinzir itu ditemui jemaah masjid terbabit ketika hendak menunaikan solat Subuh.

“Pasukan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim akan mencari mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara terbabit sampai dapat,” katanya di sini.

Sementara itu, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama Khamis, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota badan khinzir berhampiran pagar belakang masjid.
Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

– BERNAMA

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com