TANDA-TANDA AWAL KANSER




Ok entri lepas admin ada post makanan yang boleh mencegah kanser,..then ada yang request mintak detail lagi .So kat bawah ni ada maklumatnya nya.Harap dapat membantu kita semua mencegah kanser.

TANDA TERKENA KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-------------------------------
1- Makanan
2- Alkohol
3- Sinaran cahaya matahari
4- Pengambilan ubat air dan udara
5- Perokok yang tidak aktif
6- Tembakau
7- Radiasi
8- Pekerjaan
9- Pencemaran
10- Keturunan


Pantang larang orang Kanser

Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega dan lain-lain

Seafood : seperti Gamat, Ketam, Sotong dan Udang (makan ini dapat menyubur kan sel kanser terutama gamat )

Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat ( Ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

Makanan seperti Daging merah wajib di elakan terutama Daging Lembu, Kambing, Unta , Rusa dan Khinzir.

Sayur dan Buah-buahan “bergetah dan berangin” seperti Nangka, Cempedak, Sukun dan kundur ( Menyebabkan Kesakitan dan berdenyut ).

Jangan memakan sebarang jenis Ikan yang mempunyai sisik yang banyak, seperti Ikan haruan, Ikan Merah, Ikan Gelama, dan sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh Ikan yang tidak bersisik yang boleh di makan, seperti Ikan tongkol, Ikan Yu, Ikan Salomon, Ikan kembung, Ikan Keli, Ikan patin dan Lain-lain ( Ikan yang tidak mempunyai sisik dan berada di laut yang dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega merupakan makanan anti kanser)

Makanan segera dan sebarang produk dalam tin : Seperti Ikan sardin, buah laici dan jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mangandungi bahan pengawit.

Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakan untuk dimakan

Begitu juga makanan yang di panggang dan di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang dan lain-lain harus di elakan keranan makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.


NOTE:
1.ORANG YANG MEMPUNYAI PENYAKIT RESDUNG BOLEH BERKEMBANG MENJADI KANSER.

2.ORANG YANG BERPENYAKIT KENCING MANIS MEMPUNYAI 3KALI GANDA LEBIH TINGGI BERISIKO KANSER.

3.BUASIR BOLEH BERKEMBANG MENJADI KANSER JIKA TIDAK DI KAWAL

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com