KL Gangster 2 Dijangka Lebih Panas, Lebih Ganas !

kl gangster 2

Susulan kejayaan daripada filem KL Gangster , pengarah filem ni sambung buat KL Gangster 2 plak dah...filem ni akan dijangka box office.Sama sama lah kita natikan filem hebat ini.

Satu Malaysia dah tahu Datuk Yusuf Haslam akan ‘all out’ untuk filem KL Gangster 2 sampai sanggup labur hingga RM3 juta, fuh!

Semuanya gara-gara kejayaan KL Gangster mengutip RM11.7 juta sewaktu ditayangkan di lebih 60 pawagam di seluruh negara baru-baru ini.

Pengarahnya Syamsul Yusuf pernah berkata, KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon KL Gangster, antaranya Aaron Aziz, Soffi Jikan, Adiputra, Zizan (Raja Lawak) dan Sheera Iskandar.

Syamsul yang menulis sendiri skrip filem tersebut dengan bantuan Rizal Ashreff berkata, KL Gangster 2 dijangka memberi cabaran lebih besar daripada segi jalan cerita dan watak-watak yang ditampilkan selain adegan-adegan lasak yang bakal ditampilkan nanti.

Selain skrip, jalan cerita dan mengembangkan lagi watak-watak sedia ada, pengarah muda ini tidak ketinggalan mengundang Rosyam Nor berlakon dalam filem ini.



Kemunculan Rosyam yang akan melakonkan watak ketua penjahat bernama Don dalam filem yang telah menjalani penggambarannya di sekitar Lembah Klang sejak 1 Disember lalu itu, dijangka menjadikan KL Gangster 2 lebih menarik untuk ditonton.

Filem ke-29 terbitan Skop Production dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu antara lain mengisahkan tentang Malek dan Jai yang terjebak dalam dunia samseng setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.

Sejak kematian ayah mereka, kehidupan dua beradik itu serba kekurangan di mana pada masa yang sama, ibu mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang lapuk keluarga terbabit.

Nampaknya makin ganas filem KL Gangster 2 ni…kalau cantik garapannya, penulis percaya filem ni pasti akan pecah panggung seperti filem terdahulu.

Lagipun Syamsul dan bapanya dah masak benar resipi untuk menghasilkan filem-filem box office ini.

Mereka tahu selera penonton, mereka tahu apa yang perlu dihidangkan untuk menarik orang ramai ke panggung wayang.

Dan yang paling penting, mereka tahu bagaimana untuk ‘mencipta wang’!

Apapun bab-bab rezeki ni Tuhan punya kuasa…kata orang untung sabut timbul, untung batu tenggelam, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com