Beliau berkata dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum ke-12.
Enggan memaklumkan sumber negara ia diimport, Abdul Aziz berkata dakwat kekal itu digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.
Beliau turut mengumumkan ‘pengundian awal’ akan diperkenalkan pada pilihan raya umum kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
Undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya, kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.
Katanya kesemua perkara berkenaan adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. – BERNAMA

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:
Catat Ulasan