Cheezy Egg Bun Menu Baru KFC

Restoran makanan segera, KFC hari ini melancarkan menu sarapan baharu dikenali sebagai Cheezy Egg Bun yang sesuai untuk golongan sibuk bekerja.

Menu baharu itu mula dijual sejak 5 April lalu dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana harganya yang berpatutan.

KFC kini mempunyai enam menu sarapan termasuk Cheezy Egg Bun antaranya seperti a.m Riser dan Chicken Poridge Combo yang dijual pada harga RM4.00 hingga RM4.80.

Setiap set menu sarapan dihidangkan dengan minuman panas seperti kopi dan teh yang boleh diisi semula secara percuma mengikut selera pelanggan.

Naib Presiden KFC Holdings (M) Bhd. (KFC), Lim Teck Huak berkata, pelancaran Cheezy Egg Bun dijangka meningkatkan 10 peratus jualan menu sarapan KFC tahun ini.

”Menu sarapan KFC kini menjadi pilihan golongan pekerja dan keluarga yang sibuk serta tiada masa untuk menyediakan sarapan pada awal pagi.

”Ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan resipi yang mengenyangkan, KFC yakin menu sarapan mampu menarik perhatian pelanggan,” katanya selepas pelancaran Cheezy Egg Bun, di sini hari ini.

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com