Adik Khairul Fahmi Meninggal Dunia

Ucapan takziah buat keluarga apek di atas pemergian adik tersayang iaitu Mohd Amirul Izzat 16 tahun kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Punca kematian Allahyarham ialah demam denggi. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.


Berikut ialah kata-kata Apek:
"Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai".





Semoga Apek dan keluarga tabah atas dugaan ini. Al-Fatihah.

1 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Unknown berkata...

Takziah buat seluruh keluarga arwah. Harap Apek & keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com