Kerana Kasut, Budak Hampir Hilang Kaki!


Memakai dan memiliki kasut berjenama Crocs suatu ketika dahulu merupakan fenomena fesyen yang berlaku di negara kita.

Rata-rata orang ramai berusaha untuk mendapatkan kasut Crocs kerana menganggap kasut itu merupakan satu fesyen yang sangat eksklusif dan memberikan kelainan kepada si pemakai.

Namun, baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan hampir hilang kakinya apabila kakinya tersangkut di eskalator di sebuah kompleks membeli-belah, The Gardens, Mid Valley.

Kemalangan ngeri tersebut hampir meragut nyawa kanak-kanak itu kerana kasut Crocs yang dipakainya tiba-tiba tersangkut di celah-celah eskulator ketika mesin tangga itu sedang bergerak.

Namun, atas tindakan pastas pekerja-pekerja pengurusan pusat membeli-belah itu menelefon pihak bomba, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan walaupun memakan masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu.

Pun begitu, kaki kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan yang amat teruk dan dikejarkan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya.

Punca terjadinya kemalangan ngeri itu adalah dari kasut Crocs yang dipakai oleh kanak-kanak itu kerana struktur getah lembut kasut Crocs itu menyebabkan kasut itu mudah ditarik masuk ke dalam eskalator.

Sumber: suarapeople.com

1 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Bahrain berkata...

nasib baik..
gara2x crock..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com