Chong Wei Bakal Beraksi Di Terbuka India April Ini


PETALING JAYA – Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tetap membuat persediaan bagi menghadapi Kejohanan Terbuka India walaupun kecederaan bahu kanannya belum pulih sepenuhnya.

Chong Wei berkata beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Kejohanan Terbuka India pada 24 hingga 29 April ini kerana ia merupakan kejohanan pertamanya selepas mengalami kecederaan bahu semasa perlawanan akhir All England Mac lepas.

“Terbuka India makin dekat, kira-kira tiga minggu lagi tetapi saya masih dalam proses pemulihan,” kata Chong Wei yang juga duta Cafe99 pada sidang media selepas pelancaran produk kopi terbaru syarikat itu di Sunway Pyramid dekat sini.

Chong Wei, yang nyata kecewa kerana tidak dapat membantu skuad Malaysia Tiger pada Kejohanan Badminton Piala Axiata, berjanji membantu skuad negara pada Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China pada 20 hingga 29 Mei depan.

Beliau berkata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengadakan latihan untuk pasukan Piala Thomas dua atau tiga minggu sebelum bertolak ke Wuhan. – BERNAMA

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com