Wanita ditemui dibunuh di dalam keretanya

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat ditemui mati berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman pada leher di dalam keretanya diletak di sebuah pusat perniagaan di Seri Kembangan, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa, 39, ditemui oleh suaminya setelah mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu bekerja.

"Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong menyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikan serta mencarinya sebelum mangsa ditemui kira-kira pukul 10.30 malam kira-kira 200 meter dari tempat kerjanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abd Razak berkata, ketika ditemui kereta mangsa jenis Honda City itu tidak berkunci serta bertutup rapat dan mayat mangsa berada di tempat duduk hadapan bahagian penumpang.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar sepanjang 30 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Katanya, polis kini sedang menyiasat motif pembunuhan dan mengikut siasatan awal pihaknya tidak menolak ia dilakukan lebih daripada seorang suspek namun tiada sebarang tanda berlakunya pergelutan. – BERNAMA

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com