Terkejut temui ayam berkaki tiga

Terkejut temui ayam berkaki tiga

PERMATANG PAUH – Seorang pekerja di sebuah pusat memproses ayam, dekat sini, terkejut mendapati ayam yang disembelih mempunyai tiga kaki.

Abdul Rahim Mohd Noor, 43, berkata, perkara itu hanya disedari ketika dia hendak membuang bulu pada ayam tersebut selepas ia disembelih.

“Kejadian berlaku Ahad lalu. Ayam pelik itu disembelih bersama dengan 70 ekor ayam lain, dan ketika itu saya tidak perasan akan kewujudan kaki ketiga pada ayam itu kerana ia dilindungi bulu.

“Bagaimanapun, ketika sedang membuang bulu ayam, saya dapati salah seekor daripadanya unik kerana mempunyai satu lagi kaki yang tumbuh pada bahagian buntutnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Rahim berkata, dia bertindak menyimpannya dalam peti sejuk kerana ia sebagai satu penemuan pelik.

sumber:Sinar

1 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Zack Hazze berkata...

ayam kaki tiga??? huhuhu...kaki keluar dari buntut plak tu...jgn2 ade lg sekor x dlm perut ayam tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com