Mayat lelaki ditemui dalam beg

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki warga asing ditemui didalam sebuah beg di sebuah hotel bajet di sini malam tadi.

Mayat itu ditemui oleh pekerja hotel berkenaan pada kira-kira pukul 9.30 malam sebelum melaporkannya kepada polis.

"Mangsa dipercayai dibunuh di sebuah bilik lain sebelum dimasukkan ke dalam beg bagasi dan diletakkan di bilik berkenaan.

“Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman di sini hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan telah mendapatkan keterangan daripada beberapa orang saksi bagi membantu siasatan.

Mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - BERNAMA

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com