Mayat Awek Dalam Beg, Mat Bangla Suspek Utama

Mayat Awek Dalam Beg, Mat Bangla Suspek Utama

Polis telah mengenal pasti lelaki yang dilihat kali terakhir bersama seorang wanita Indonesia yang mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian di sebuah hotel murah dekat Jalan Raja Laut, malam semalam.

Suspek, seorang warga Bangladesh, adalah bekas pekerja hotel tersebut dan dipercayai teman lelaki mangsa.

Cemburu dikatakan punca pembunuhan tersebut berlaku.

Polis kini sedang giat memburu lelaki itu yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Untuk rekod, mayat wanita itu ditemui penghuni hotel jam 10.30 malam di tingkat tiga bangunan empat tingkat itu sebelum memaklumkannya kepada polis.

Wanita warga asing berusia 30-an itu mempunyai kesan jerutan di leher dan luka di kepala dipercayai mati akibat sesak nafas kesan dari jerutan di lehernya.

Mangsa dikenali sebagai Rumiyati.

Semakan kemasukan pendaftaran hotel menunjukkan mangsa memasuki hotel sejak jam 2 petang pada hari kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi 03.22663333 / 03- 20319999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

sumber:mynewshub

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com