Anak buaya tembaga di City Park ditangkap

SEREMBAN – Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan hari ini berjaya menangkap anak buaya tembaga yang menjadi perbualan pengunjung taman rekreasi Tasik City Park, Seremban 2 di sini sejak dilaporkan baru-baru ini.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohd Zaide Mohamed Zin berkata, sepasukan anggota jabatannya melakukan operasi sejak 10 malam tadi dengan memasang pancing yang akhirnya mengena pukul 7.20 pagi.

“Kita memasang sebelas pancing di kawasan tasik tersebut. Anak buaya jantan itu dapat ditangkap dalam keadaan sihat dan tidak cedera.
“Berukuran 1.03m panjang, manakala beratnya 2.75kg ia telah dihantar ke Paya Indah Wetlands, Dengkil untuk tujuan pemeliharaan,” katanya di sini.

Mohd Zaide berkata, sejak laporan diterima daripada pihak pengurusan City Park pada 10 Januari lepas, pelbagai usaha dijalankan untuk menangkap anak buaya itu. – BERNAMA

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com