Wanita Tua Jadi Mangsa Rogol



London – Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun dilaporkan telah dirogol oleh seorang lelaki yang berpura-pura mahu memeriksa pangsapurinya di Oldham, Greater Manchestr, Sabtu lalu.

Walaupun wanita berkenaan tidak membenarkan lelaki berkenaan masuk, namun penjenayah berjaya memasuki rumah tersebut melalui pintu depan dan merogolnya sebelum melarikan diri.

Menurut seorang pegawai polis, Inspektor Danny Inglis, pihaknya sedang mengesan lelaki tersebut yang berusia antara 25 hingga 35 tahun,berambut pendek dan bercakap dengan dialek tempatan.

“ Perbuatannya merogol wanita berusia 75 tahun di rumahnya sendiri merupakan satu perbuatan keji. Kita perlu menangkapnya dan penjarakan dia untuk satu tempoh yang panjang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menghubungi polis dengan segera sekiranya mereka melihat lelaki berkenaan dan tidak membenarkan orang asing memasuki rumah sewenang-wenangnya.

Sumber:mynewshub

2 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Mizz ErMa berkata...

tergamak betul buat org tua macam tuh..

D' Black Writer berkata...

heih.. kejamnya. apa nak jadi dkt dunia sekarang. orang tua pun dijadikan mangsa.. :L

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com