Wanita Baru Berkahwin Ditemui Mati Dibunuh

Wanita Baru Berkahwin Ditemui Mati Dibunuh

KUANTAN – Seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lepas ditemui mati dibunuh di rumahnya di Kg Chemang, Lipis.

Mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui berlumuran darah di ruang dapur rumahnya dengan beberapa kesan tikaman di badan serta kesan kelar di leher.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa ditemui suaminya kira-kira 5.40 petang semalam ketika ia pulang ke rumah.

“Hasil bedah siasat, mangsa didapati tidak dirogol atau disamun,” kata Abdul Razak ketika dihubungi di sini Jumaat.

Ini berdasarkan siasatan awal yang menunjukkan barang kemas mangsa tidak dilarikan.

Beliau berkata pihak polis telah menahan empat lelaki berusia 30an bagi membantu siasatan kes itu.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Foto : SinarHarian

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com