Tolong Bakar Mayatku…Dengan Gitarku Sekali!

Mayat

KUANTAN – Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan menyedut gas helium (gas belon) dalam sebuah resort di sini sempat meninggalkan nota kepada keluarga meminta supaya mayatnya dibakar bersama gitar kesayangan manakala abunya ditabur ke laut di Pantai Timur.

Nota dalam Bahasa Inggeris yang ditinggalkan mangsa yang berusia 28 tahun dari Kuala Lumpur itu turut menyebut dia sudah letih dengan masalah yang dilalui dan mahu berehat dengan aman di sini.

Dalam surat itu juga, dia sempat memuji keindahan pantai di sini dan memilih sebuah bilik resort menghadap pantai di Beserah untuk mencari ketenangan sebelum mengakhiri riwayat hidupnya.

Di dalam perenggan terakhir nota itu, mangsa memaklumkan dia meninggalkan satu pendrive di dalam sampul surat yang diletakkan di atas meja penginapan untuk ibu bapanya namun tidak diketahui isi kandungannya.

Dia yang dipercayai tertekan dengan masalah kehidupan turut meninggalkan sekeping nota ringkas yang tertera beberapa maklumat termasuk nombor telefon kedua-ibu bapanya, punca kematian dan kereta jenis Toyota Vios hitam yang diletakkan di tepi resort terbabit.

Dia dipercayai mendaftar masuk ke resort itu kira-kira jam 4 petang 4 Januari lalu sebelum ditemui mati dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di atas katil bilik penginapan bersama sebuah gitar berwarna merah yang berada di bahagian atas dadanya.

Mayat mangsa ditemui seorang pekerja resort kira-kira jam 5 petang kelmarin dalam keadaan muka di baluti plastik lut sinar dengan wayar getah yang disambung terus kepada tong gas helium di tepi katil.

Pekerja resort yang enggan namanya disiarkan berkata, dia datang ke bilik itu selepas mendapati mangsa tidak mendaftar keluar setelah tamat tempuh penginapannya kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.
Menurutnya, dia mengetuk pintu bilik itu beberapa kali namun tiada sebarang tindak balas.

“Saya meninggalkan bilik tersebut kerana tidak mahu mengganggu penghuninya yang disangka tidak bercadang untuk daftar keluar dan ingin meneruskan penginapannya di resort ini,” katanya.

Pekerja itu memberitahu, dia datang kembali kira-kira jam 4 petang bagaimanapun pintu bilik mangsa masih terkunci manakala penghuninya tidak menyahut walaupun namanya dipanggil berulang kali.

“Saya mula curiga lalu mengambil kunci pendua dan membuka pintu bilik tersebut sebelum ternampak mangsa terbaring di atas katil bersama gitar dalam keadaan kepala diserkup plastik.

“Menyedari mangsa sudah meninggal dunia, saya terus memberitahu majikan sebelum memaklumkan penemuan mayat itu kepada polis.,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, beberapa anggota polis dari Balai Polis Beserah segera ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat berhubung penemuan mayat tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan dipercayai mati dalam tempoh antara jam 3 hingga 6.30 pagi kelmarin.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana membunuh diri dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kamaruzzaman berkata, polis turut menemui kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam milik mangsa yang diletakkan di resort berkenaan dan kenderaan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan sebelum diserahkan kepada warisnya. (SINAR HARIAN)

3 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

misshannajr berkata...

sedihnya cara dia hujungkan kehidupan..knpa pilih jalan mcmtu..
:(

djjd berkata...

aa kan...bila xde iman jadi mcm ni laa

Nadhirah berkata...

menakotkan lahh..
kot ye pon bnyk masalah,, takan takleh pike jalan laen.. :/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com