Teman lelaki dituduh bunuh kekasih

Teman lelaki dituduh bunuh kekasih

IPOH – Misteri pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dibalut dengan tilam di dalam belukar dekat perkampungan Orang Asli, Juang, Simpang Pulai, 31 Disember lalu bakal terjawab apabila teman lelakinya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Penganggur, S. Manoharan, 50, dituduh membunuh Indeer Kaur a/p Jeswant Singh, 23, di sebuah rumah bernombor 22, Lapangan Perdana 26, Panorama Lapangan Perdana di sini di antara pukul 7 dan 10 pagi sebelum membuang mayat mangsa di dalam belukar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh mencuri tumpuan mahkamah apabila secara tiba-tiba mengangkat tangan semasa pertuduhan ke atasnya dibacakan.

“Saya mahu mengaku bersalah sekarang juga jika (pertuduhan) ditukar kepada Seksyen 304 (Kanun Keseksaan). Kalau (tidak dipinda) saya tak mahu cakap (mengaku),” katanya.

Seksyen 304 ialah pertuduhan membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali.-KOSMO

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com