TAHNIAH: Chong Wei Muncul Juara Badminton Terbuka Malaysia

TAHNIAH: Chong Wei Muncul Juara Badminton Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 apabila menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago secara straight set, sebentar tadi.

Chong Wei menang set pertama dengan mudah yakni 21 -6.

Walaupun berusaha memberikan saingan pada set kedua, namun agak nyata Tago masih belum mampu mengungguli kehebatan Chong Wei,

Tago tewas 21-13.

Perlawanan berlangsung selama 36 minit.

Chong Wei merupakan pemain dengan ranking nombor satu dunia manakala Tago di tempat ke-12.

Daripada 11 pertemuan antara kedua pemain, kesemuanya menyebelahi Chong Wei.

Kemenangan hari ini juga menjadikan Chong Wei telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak 8 kali.

Chong Wei ketika ditemuramah sebaik perlawanan berakhir memberitahu, selepas kemenangan itu beliau mahu memberikan fokus yang lebih kepada persiapan untuk menghadapi sukan olimpik.

SUMBER:MYNEWSHUB

1 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

RAIN90 berkata...

Tahniah Lee chong Weeii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com