Polis Wajib Dakwa Pelajar Ugut PM

Polis Wajib Dakwa Pelajar Ugut PM

Pelajar USM yang ditahan semalam kerana menyiarkan ugutan di laman sosialnya untuk mengebom helikopter yang dinaiki Perdana Menteri ketika lawatan ke universiti tersebut, kini dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkannya mengambil peperiksaan.

Bagaimanapun, kita difahamkan yang siasatan masih dilakukan bagi memastikan beliau tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan subversif dan polis juga boleh memanggilnya pada bila-bila masa untuk disoal siasat.

Alasan pelajar tersebut ialah beliau hanya bergurau.

Seorang mahasiswa universiti seharusnya mempunyai intelektual yang cukup tinggi untuk memahami kesan dari tindakan seperti itu. Oleh yang demikian, pihak polis wajib mengambil tindakan sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang gemar ‘bergurau’ berkenaan keselematan negara.

Ketegasan polis dalam isu seperti ini adalah penting bagi menghentikan sikap suka ‘bergurau tidak kena tempat’ yang semakin menjadi-jadi di kalangan rakyat Malaysia. Antaranya, mempermainkan isu-isu sensitif seperti agama dan bangsa. Sebelum ini, beberapa pendedahan telah dilakukan ,mengenai anak-anak muda di kalangan bangsa Cina yang gemar mengutuk Allah S.W.T di laman sosial mereka. Namun, sehingga kini tiada tindakan diambil walaupun perkara tersebut sahih dan nyata.

Ini adalah antara sebab kenapa pasukan polis dan pihak berkuasa di Malaysia sering diperlekehkan oleh golongan-golongan tertentu.

Perlu diingatkan bahawa hampir semua keganasan yang melanda sesebuah negara berpunca dari 1. anak -muda terutamanya golongan mahasiswa dan, 2. laman sosial. Kejatuhan beberapa negara timur tengah akhir-akhir ini juga dicetuskan oleh kedua-dua faktor ini iaitu mahasiswa dan laman sosial.

Malaysia sendiri telah mengalami beberapa insiden keganasan antaranya, letupan bom di podium Menara Dayabumi pada tahun 1989, dan tiga bom meletup di perkarangan mahkamah dalam kekecohan Kempen Bebas Anwar 9 Januari lalu.

Kejadian helikopter meletup membabitkan pemimpin negara juga pernah berlaku, antaranya ialah pada tahun 1988 melibatkan Presiden Pakistan, Zia-ul-Haq. Malah, baru-baru ini juga, helikopter yang baru sahaja menurunkan Timbalan Perdana Menteri dalam satu program di Sabah telah terbabit dalam kemalangan dan meragut nyawa juruterbangnya.

Ini menunjukkan bahawa soal ugutan dengan mengebom helikopter yang dinaiki pemimpin negara bukanlah perkara kecil yang boleh dijadikan gurauan. Apalagi jika ugutan tersebut dilakukan oleh anak muda di kalangan mahasiswa.

Sudah menjadi kelaziman para pelajar universiti di mana-mana juga untuk mudah terpengaruh dengan anasir luar. Ini kerana, pemikiran mereka yang kurang matang pantas merasakan diri mereka sudah cukup bijak kerana berjaya ke universiti dan percaya mereka perlu melakukan perubahan.

Pemikiran seperti ini, digabungkan dengan darah muda yang kurang sabar adalah formula yang tepat untuk mencetuskan kekecohan. Sebahagian besar dari pelajar-pelajar di universiti adalah dari kalangan luar bandar dan baru sahaja ‘mengenal dunia’. Dari minda sempit mereka, di tambah dengan kurangnya pendedahan kepada bahan bacaan di luar konteks akademik, pelajar-pelajar ini tidak mampu menganalisa sesuatu isu dengan bijaksana. Oleh itu, mereka mudah termakan hasutan dan apabila semua elemen ini bersatu, akan lahirlah seorang ‘raksaksa’ atau pengganas yang bakal melakukan kerosakan di dalam negara.

Pada tahun 1980an, dalam satu pertempuran antara pengganas komunis dengan pasukan keselamatan telah menyaksikan seorang wanita yang juga pelajar kolej berbangsa Cina adalah antara pengganas yang berjaya ditembak mati. Dan hari ini juga, kita dapati beberapa pengganas yang diburu dan ditangkap termasuklah dalam Akta ISA, merupakan pensyarah dan pelajar kolej.

Pelajar dalam lingkungan usia 18 – 20an, tidak wajar dilayan seperti kanak-kanak dan dimaafkan atas kesalahan yang berat seperti mengugut walaupun dengan niat bergurau. Mereka sendiri menganggap diri mereka sudah cukup matang dan intelektual maka, seharusnyalah mereka dilayan seperti seorang yang sudah cukup matang dan intektual juga. Oleh itu, sebagai seorang yang cukup matang dan intelektual, mereka wajib bertanggungjawab dan menerima hukuman atas kesalahan dan kecuaian mereka.

Tidak ada cara lain untuk ‘mengajar’ pelajar-pelajar yang kurang ajar ini selain dari membuang mereka dari universiti kerana jika tidak, mereka mungkin akan menggunakan ilmu yang mereka perolehi di universiti ke jalan yang salah. Kita harap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin akan mengambil tindakan sewajarnya supaya bibit-bibit keganasan tidak menular dan membiak di pusat-pusat pengajian tinggi negara.

Sumber:mynewshub

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com