Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Di Sepang

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Di Sepang


SEPANG – Misteri bau busuk yang menghantui penduduk di apartmen Ristavilla, Taman Putra Perdana, Sepang terjawab apabila polis menemui mayat lelaki hampir reput di dalam salah sebuah unit apartmen di situ Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, mangsa dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui mati di ruang tamu rumahnya dengan kedua-dua belah tangan diikat dan mulut disumbat dengan kain.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang butir pengenalan diri ditemui, sehubungan itu kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

“Penemuan mayat tersebut ekoran laporan penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk dari salah sebuah rumah di apartmen terbabit, bertindak atas laporan penduduk polis memecah masuk rumah berkenaan dan menemui mayat lelaki hampir reput di ruang tamu.

“Polis mengklasifikasikan kes kematian warga asing tersebut sebagai kes bunuh. Pemeriksaan mendapati lelaki itu tinggal bersama dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga tempatan yang telah menghilangkan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, polis kini sedang giat mencari tiga individu terbabit bagi membantu siasatan dan kehilangan mereka menimbulkan syak.

Tiga individu terbabit merupakan pelajar kolej swasta dan dikenali sebagai Ekemezie Elochukwu Jacob, 31, Kaba N’Famory, 33 dan Mazlina Kashedeli, 31.

Orang ramai yang mengenali atau menjumpai individu terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03- 87774222 untuk membantu siasatan. – mynewshub.my

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com