Maut Dikelar Kerana Menegur

Maut Dikelar Kerana Menegur

PULAU PINANG – Seorang pelajar kolej maut dikelar di hadapan sebuah restoran di Krystal Point, Bayan Baru malam semalam hanya kerana menegur tindakan seorang lelaki.

Menurut laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Md Zin berkata, R Navitharan, 24, telah bertindak menegur seorang lelaki yang cuba membunyikan enjin kenderaannya dan berlaku pertengkaran hampir lima minit antara mereka.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa bersama teman wanitanya baru sahaja keluar dari sebuah pusat hiburan selepas meraikan hari lahir teman wanitanya itu.

“Pergaduhan dikatakan sudah berlaku sewaktu mangsa dan suspek berada dalam premis berkenaan dan berlarutan sehingga di luar.

“Mangsa kemudiannya didatangi seorang lelaki yang juga rakan suspek dengan menaiki sebuah kenderaan lalu bertindak mengelar mangsa menggunakan senjata tajam sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, kita sudah mengambil keterangan daripada teman wanita mangsa dan percaya penahanan kedua-dua suspek akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ekoran daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah akibat kesan torehan di bahagian kepala, pergelangan tangan, perut, bahu, badan dan di bahagian belakang.

Mangsa disahkan meninggal dunia dua jam kemudian di sebuah hospital swasta di Bayan Baru.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, seorang lelaki, B Dharma Raj, 23, yang berasal dari Ipoh, Perak diminta tampil untuk membantu siasatan.

Selain lelaki itu, pemilik kenderaan jenis Proton Satria bernombor plat ADW 6646 juga diminta tampil bagi membantu polis untuk menyiasat kes bunuh itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang individu dan kenderaan yang dicari turut diminta untuk bekerjasama bagi memudahkan siasatan dijalankan.

sumber:mynewshub

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com