16 Dicekup Ketika Leka Berjudi

16 Dicekup Ketika Leka Berjudi

JOHOR BAHRU – Keasyikan 16 kaki judi bertaruh terbantut apabila diserbu polis dalam Ops Dadu/Ops Cantas di sebuah rumah di DH 71, Lorong A-13, Pekan Nanas dekat Pontian, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, serbuan pukul 1 pagi itu dilakukan setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan perjudian tersebut.

“Hasil serbuan tersebut, pihaknya menahan 16 lelaki berusia 19 hingga 54 tahun yang sedang leka bermain judi jenis ‘See Ngo Lak’. Polis turut merampas wang tunai bernilai RM63,000 bersama beberapa peralatan seperti cip dan kertas perjudian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zahaliman, kesemua suspek yang berasal dari Pekan Nanas itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)Akta Pertaruhan 1953.

Sumber:mynewshub

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com