Chong Wei Impikan Kejuaraan Super Series Masters



GEORGE TOWN – Pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengidam untuk memenangi perlawanan akhir Siri Super Masters bagi membolehkannya mengekalkan kejuaraan tahun keempat sebagai pemain nombor satu dunia.
Pemain perseorangan berusia 29 tahun itu berkata meskipun tidak mempunyai cukup masa untuk menghadapi kejohanan itu, beliau akan memberikan aksi terbaik memandangkan kejohanan itu merupakan pertandingan terakhir tahun ini.

“Saya baru pulang dari Macau dan tidak mempunyai cukup masa untuk melakukan persiapan fizikal tetapi daripada segi mental saya sudah bersedia. Saya akan berangkat ke China esok dan berharap dapat bermain dengan baik untuk menjuarainya buat kali keempat,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Lee merupakan pemain pilihan nombor satu bagi kejohanan yang undiannya akan dilakukan pada 13 Dis.

Pemain utama Malaysia, yang merupakan juara Siri Super Masters pada 2008, 2009 dan 2010, akan ditentang hebat oleh dua pemain pilihan – Lin Dan dan Chen Long dari China pada kejohanan yang bermula di Liuzhou, China pada 14 hingga 18 Dis.

Lee, yang tewas dua kali kepada kedua-dua Chen Long dan Lin Dan dalam tempoh tiga bulan lepas, berkata beliau juga sedang menumpukan perhatian kepada Sukan Olimpik London tahun depan dan dalam tempoh lapan bulan akan datang akan berusaha gigih untuk bermain dengan baik dalam setiap pertandingan untuk mengekalkan ranking dunianya.

berita penuh klik di sini

0 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com