5 Jenis Makanan Yang Sesuai Untuk Mencegah Kanser

1.Kacang atau Mentega kacang


Terdapat kajian yang mendapati memakan makanan yang kaya dengan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut,kolon,paru-paru, dan kanser yang lain. Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin E seperti kacang,mentega kacsng, kacang almond dan biji kuaci dalam diet harian kita membantu menguatkan sel badan kita.

2.Oren


Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C. Merupakan antioksidan yang dijumpai di dalam kebanyakan buah dan sayuran. Vitamin C dapat membantu menghalang pembentukan kanser. Diet yang tinggi dengan vitamin C ini mampu mencegah kanser perut,kolon,payudara dan serviks.

3.Buah Beri


Buah Beri merupakan buah terbaik untuk mencegah kanser. Terdapat beberapa jenis beri iaitu raspberries,blueberries, dan cranberries. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene yang mempunyai ciri-ciri melawan kanser.

4.Ubi Keledek


Ubi keledek mengandungi beta-karotin yang merupakan antioksidan yang hebat. Kajian mendapati mereka yang mengambil diet yang tinggi dengan beta-karotin dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru,perut dan kolon.

5.Ikan Salmon Segar


Kurang vitamin D dalam badan mempunyai kaitan dengan beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat vitamin D mungkin dapat menghadang salur darah pada tumor yang membesar.

6 Tinggalkan Komen Anda Di Sini.:

jobmall berkata...

saya selalu terbaca pemakanan yang elok untuk dimakan,, memang bagus pun,, tapi kita jarang memberi kesedaran tentang apa makanan yang perlu dielakkan dan bahan-bahannya,, harap ada artikel sebegitu nanti

djjd berkata...

time kasih untuk respons anda..nti sya cuba usha2 tips mkanan yg harus dielak plak yea...

Nava K berkata...

great tips and simply amazing pics to support.

Cik Syue berkata...

nice entry :)

djjd berkata...

syg lbih dkat cik syue...rajin2 jenguk blog kite k..;)

Cik Syue berkata...

hahah.. jengah2 blog i jugek :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 CeCiTeR | Blogger.com